Ahad, 23 Jun 2013
apa salahku?
apa salahku?
soalan itu berlegar di kepala saban hari,
tatkala tangan mu naik di muka ku,
memarahi ku atas kesilapan yang tidak ku ketahui..
aku diperlakukan seperti haiwan..
didera, tempat pelepasan amarah mu,
tak kira waktu, tempat mahupun hari,
kau perlakukan ku seperti hamba abdi,
apakah salahku?
saban hari ku menerima celaan mu..
tempat kau melepaskan geram,
menyalahkan ku atas kematian..
tapi siapa?
tidak pernah kau berbangga dangan ku,
walau sekecil hama sekalipun..
ku tetap cuba bertahan..
tapi sampai bila?
kau menghalau ku..
pergi aku sehelai sepinggang,
melangkah dan terus melangkah,
tanpa tahu arah tujuan..
suatu hari kau sakit,
segera mungkin ku pulang ke rumah,
sekian lama.. ku tahu jua..
jawapan kepada persoalan.
kau pergi jua akhirnya,
meninggalkan ku keseorangan di sini..
terkontang-kanting.. bergantung tak bertali..
untuk menyalahkan mu adalah tidak wajar..
kerana aku.. ia memang salah aku..
ku tidak patut di sini..
maafkan aku,
maafkan aku, ayah..
rupanya aku punca segalanya..
punca ibu meninggalkan bumi yang fana ini..
terima kasih kerna sudi mendalami hati ini,
ikhlas dari,
Shazarina mohd zaki !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan