karya nana!
Ahad, 23 Jun 2013
apa salahku?
apa salahku?
soalan itu berlegar di kepala saban hari,
tatkala tangan mu naik di muka ku,
memarahi ku atas kesilapan yang tidak ku ketahui..
aku diperlakukan seperti haiwan..
didera, tempat pelepasan amarah mu,
tak kira waktu, tempat mahupun hari,
kau perlakukan ku seperti hamba abdi,
apakah salahku?
saban hari ku menerima celaan mu..
tempat kau melepaskan geram,
menyalahkan ku atas kematian..
tapi siapa?
tidak pernah kau berbangga dangan ku,
walau sekecil hama sekalipun..
ku tetap cuba bertahan..
tapi sampai bila?
kau menghalau ku..
pergi aku sehelai sepinggang,
melangkah dan terus melangkah,
tanpa tahu arah tujuan..
suatu hari kau sakit,
segera mungkin ku pulang ke rumah,
sekian lama.. ku tahu jua..
jawapan kepada persoalan.
kau pergi jua akhirnya,
meninggalkan ku keseorangan di sini..
terkontang-kanting.. bergantung tak bertali..
untuk menyalahkan mu adalah tidak wajar..
kerana aku.. ia memang salah aku..
ku tidak patut di sini..
maafkan aku,
maafkan aku, ayah..
rupanya aku punca segalanya..
punca ibu meninggalkan bumi yang fana ini..
terima kasih kerna sudi mendalami hati ini,
ikhlas dari,
Shazarina mohd zaki !
awak... kenapa?
awak..
awak selalu cakap yang awak benci saya,
awak tak suka saya,
awak selalu nak marah saya,awak nak seksa saya,
saya ni menyusahkan,awak hate saya very much..
tapi,
kalau benci saya,
kenapa curi hati saya?
tak de benda lain ke nak curi?
kalau tak suka saya,
kenapa take care saya?
saya boleh jaga diri sendiri..
kalau marah saya,
kenapa selalu dengan saya?
saya boleh sorang-sorang..
kalau nak seksa say,
kenapa selalu buat saya happy?
seksalah lagi power..
kalau saya menyusahkan,
kenapa selalu call saya?
awak tak call pun tak apa..
saya tak kisah..
kalau awak hate saya very much,
kenapa selalu cakap..
awak rindu saya..
awak sayang saya..
kenapa??
terima kasih kerna sudi mendalami hati ini,
ikhlas dari,
Shazarina mohd zaki !
Khamis, 13 Jun 2013
peluang mencintai..
aku hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan
dan kesilapan paling besar yang pernah aku lakukan adalah dengan mencintaimu
sungguh, jika ku tahu ini akhirnya, takkan ku cuba tuk mengenalmu
bertentang mata dengan mu adalah kesilapan pertama
belajar mencintaimu adalah kesilapan kedua
berutus surat kepadamu adalah kesilapan ketiga
dan ia berlanjutan sehingga tiada ruang tuk berpatah kembali
tapi, untuk menyesal adalah terlambat
kerna hati ini sudah tegar mencintaimu
kadang kala terfikir, kenapa Dia menemukan mu bersama ku?
menjalani duka gembira bersama
kenangan yang membuatku sesak dan payah melupakan mu
wahai hati,
kenapa kau masih tegar mencintainya walau kau tahu kau akan sakit?
melihatkannya bersama wanita lain, bergurau senda, bergelak ketawa
sungguh, tak mampu tuk aku tanggungnya
sakitnya, pedihnya, bagai dihiris sembilu
walau apapun, hanya satu...
hanya kau, cinta ku seorang
jika diberi peluang tuk melakar masa hadapan
ingin sekali ku bersama mu
Selamanya!!
terima kasih kerna sudi mendalami hati ini,
ikhlas dari,
Shazarina mohd zaki !
Langgan:
Ulasan (Atom)